Khamis, 8 November 2012

Sejarah Penubuhan KRK Prima (Kendarat Remaja Kelemak)

KRK Prima (MA0176331-K) telah ditubuhkan sejak Ogos 2008. Kesemua ahli kendarat kami adalah terdiri daripada remaja sekolah yang telah diberi latihan serta berpengalaman. Nama asal kendarat kami ialah Kendarat Remaja Kelemak dan telah diberi nafas baru oleh pengasas kami Pn. Hasnah binti Ali kepada KRK Prima. Slogan baru kami adalah Kepuasan Anda Keutamaan Kami.

Diantara tempat-tempat telah kami pergi seperti Kuala Lumpur, Kuantan Pahang, Bangi Selangor, Klang, Negeri Sembilan, Palong, Seremban, Port Dickson, Gemenceh, Alor Gajah Melaka, Masjid Tanah, Ayer Keroh, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak Johor, Segamat, Hotel Equotarial Melaka dan banyak lagi.

Banyak majlis-majlis keraian VVIP dan VIP yang telah kami uruskan seperti di majlis YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6), Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob (Yang di-Pertua Negeri Melaka), Datuk Seri Hj. Mohd Ali b. Mohd Rustam (Ketua Menteri Melaka), Datuk Wira Abu Seman Yusop (Ahli Parlimen Masjid Tanah), Tan Sri Rahim Tambi Cik, YB Datuk Hjh. Norpipah binti Abdol (ADUN Rembia), YB Datuk Wira Abdul Ghafar bin Atan (ADUN Gadek), YB Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim bin Hj. Sulaiman (ADUN Tanjung Bidara), YB Tn. Hj. Amirrudin bin Yusof (ADUN Ayer Limau), YB Datuk. Hj. Idderis bin Hj Kassim (ADUN Lendu), YB Datuk Ir. Hj. Ismail bin Othman (ADUN Kuala Linggi), YB Datuk Latipah binti Omar (ADUN Taboh Naning), YB Datuk Hj. Ab Wahab bin Ab Latip (ADUN Durian Tunggal) dan banyak lagi.

Kami juga bekerjasama dengan Kasemah Katering, Razak Katering, Deeza Katering, Syikin Katering, Mariam Katering, Laily Katering dan banyak lagi. Kami telah menjalin usaha sama dengan baik bersama Kasemah Katering hingga hari ini dengan memenuhi segala urusan kendarat bersama katering beliau.

Pada mulanya kami memakai T-shirt berwarna merah dan diikuti warna kuning. Yang terbaru sekali kami memakai baju vest berwarna hitam putih untuk memberi imej korporat dan protocol di setiap majlis. Kami mempunyai ahli melebihi 100 orang dan pernah keluar seramai 7 majlis dalam satu hari untuk memenuhi permintaan. Kami bergerak aktif sepanjang tahun dengan mendapat sokongan dari pelbagai pihak terutamanya Kasemah Katering. Didalam satu tahun kami mendapat tempahan melebihi 200 majlis di seluruh Malaysia. Kami akan memastikan tanggungjawab yang telah diberikan dilaksanakan dengan penuh amanah dan ikhlas untuk memastikan majlis berjalan lancar dan sempurna. Pakej untuk setiap majlis, sila hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.

KRK Prima (MA0176331-K)
Alamat: Lokasi No 2169 Jalan 11, Taman Kelemak Jaya, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Telefon:06-5561731
Mobile: 017-688 3601
Emel: krk.prima@gmail.com
Laman Web: http://www.krkprima.com
Laman Facebook: http://www.facebook.com/krkprima
Laman WordPress: http://krkprima.wordpress.com
Laman Blogspot: http://krkprima.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan